Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Terungkap Apakah ada Orang Ketiga" Sahabat Sendiri "!!, Batal bercerai Isnin besok? - Putri Sarah Terkejut

Pelakon Puteri Sarah dijangka akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini terhadap suaminya, Syamsul Yusof berikutan dengan krisis rumah tangga yang berlaku pada ketika ini. Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang 











mewakili Puteri Sarah. Bukan itu sahaja, difahamkan permohonan cerai tersebut dilakukan pada hari ini namun, disebabkan Puteri Sarah mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara tersebut ditangguhkan pada Isnin ini. 


Bahkan, Akberdin turut mengesahkan Puteri Sarah akan hadir ke Mahkamah Syariah bagi pemfailan permohonan cerai tersebut. Terdahulu, Puteri Sarah telah membuat keputusan dengan meminta suaminya, Syamsul Yusof ‘melepaskan’ dirinya kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa untuk keluarga. Malah, baru-baru ini Puteri Sarah memaklumkan suaminya itu telah nyahsekat dirinya di media sosial 
















bagi membincangkan kemelut yang berlaku dalam keluarga mereka namun, dia tetap dengan pendirian untuk memfaikan penceraian terhadap suaminya itu. Isteri pertama pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana berpegang teguh dengan pendiriannya untuk 









memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai 






perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah. “Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya ringkas kepada Harian Metro. Ditanya mengenai kenyataan Syamsul dalam laporan muka depan Harian Metro hari ini, Puteri Sarah mengaku segala persoalan sudah dijawab 

















































sebelum ini. “Semua dah dijawab,” katanya. Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. 

Posting Komentar untuk "Terungkap Apakah ada Orang Ketiga" Sahabat Sendiri "!!, Batal bercerai Isnin besok? - Putri Sarah Terkejut "