2hari lagi Sarah tuntut TaIak, Iuahan Bapa mertua minta tk berpisah tk sangka ini puncanya

Walaupun suaminya tetap dengan keputusan menikahi isteri kedua, Puteri Sarah Liyana dianggap sangat bertuah kerana kenalan serta keluarga terdekat berpihak kepadanya.

Tambah lagi, ibu bapa mentuanya sendiri, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam hingga kini teguh memberikan sokongan kepada wanita tabah berkenaan. Sudah sampai masa tamatkan segala-galanya…Enggan toleh belakang lagi.

Setelah lebih seminggu ‘berperang’ di media sosial, akhirnya Puteri Sarah enggan membuang masa lagi dan memilih untuk utamakan kebahagiaan sendiri serta anak-anak. Pada hari Isnin minggu hadapan, dia akan memfailkan tuntutan talak kepada Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.
“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,”

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga. “Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,”

Tetap doa moga perpisahan itu tidak terjadi. Sementara itu, Datuk Yusof Haslam yang sudah mengetahui niat tersebut akui masih cuba memujuk Sarah. Meskipun menantunya seakan sudah nekad meletakkan noktah kepada kemelut terbabit, pelakon ‘Gerak Khas’ tersebut terus berdoa dan menyimpan harapan agar perpisahan itu tidak berlaku.

“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.

Kalau perpisahan tak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan. Andai takdir Allah mengatakan kedua-duanya masih berjodoh, dia berharap agar anak sulungnya akan menghargai peluang kedua berkenaan dengan cara membuat banyak perubahan.

Namun jika berpisah adalah jalan terbaik menuju kebahagiaan, dia akur dengan pilihan menantu kesayangannya itu. “Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,”