“Cukuplah saya ada menantu yang…” Walaupun tular dikatakan Ira Kazar mengandung.. Sekali Ini kata2 Ibu Syamsul buat Ira Kazar sentap..

Sebelum ini, ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail bertindak mengunci mulut dan enggan lagi memberi sebarang respon terhadap pernikahan kedua anaknya bersama Ira Kazar.

Respon isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu dipercayai kerana terlalu kecewa dengan tindakan anaknya yang mengabaikan anak dan isteri sendiri demi orang ketiga.

Terbaru, Datin Patimah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram Story menyatakan dia hanya ada tiga orang menantu yang hebat-hebat iaitu Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah binti Ustaz Zainal.


Bersama hantaran itu, beliau menyertakan latar belakang instrumen Penyejuk Hati daripada Asraf Studio.

Terdahulu, beliau sebagai ibu mentua banyak memberikan semangat kepada menantunya, Puteri Sarah yang menghadapi pelbagai ujian sejak empat tahun lalu.

Beliau mengharapkan.



menantu kesayangannya itu menemui bahagia kerana tak sanggup lagi lihat Puteri Sarah terluka.

Terdahulu,

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof hangat diperkatakan.
Menerusi kemas kini di Instagram, Sarah seperti memberi gambaran mengenai kehidupan bermadu, ditambah dengan paparan tangkap layar DM daripada peminat yang mendakwa Syamsul sudah bernikah dengan Ira Kazar.

Pun begitu, baik Sarah mahupun Syamsul, masing-masing mengunci mulut mengenai khabar angin berkenaan.
Usaha Gempak untuk mendapatkan maklum balas Sarah juga tidak berhasil.
Namun, ibu kepada Syamsul, Datin Fatimah Ismail memuat naik satu perkongsian mengenai perihal cucunya.
“Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka, namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka,” kata Fatimah.

Terdahulu, Sarah mendedahkan pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan. Menurut Sarah, dia sedang sarat hamil 9 bulan ketika itu.