“Saya tidak pernah terfikir utk terus berkarya…” – Tak tahan sebak dim4ki Mas Idayu, Sissy Iman ambil keputusan ini.

Penyanyi Sissy Imann tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai kerana memberikan persembahan kurang memuaskan sewaktu beraksi di pentas Famili Duo minggu keenam bersama sepupunya, Naim Daniel.

Menerusi hantaran di laman Instagram, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil​, dia menyifatkan kegagalan memberikan persembahan terbaik membuatkan dirinya sedar dan akui tentang kelemahan diri sebagai seorang pemuzik.

“Muzik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada.

“Mungkin saya tak sedar hal itu atau masih belum cukup menyedarinya,”ujarnya.

Tak pernah terfikir nyanyian sakitkan hati orang ramai, Sissy iman ambil keputusan mohon maaf.

Tambahnya, dia sendiri tidak menyangka nyanyiannya selama ini telah membuatkan hati orang ramai terus disakiti. Oleh itu, Sissy sekali lagi membuat permohonan maaf kepada semua yang terasa hati dengan karya seninya.

Saya tidak pernah terfikir diri ini untuk terus berkarya, tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya lakukan sejak berusia 5 tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.

“Saya akhirnya menyakiti hati orang ramai dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua,”tulisnya.

Awak dah lakukan yang terbaik!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata di kalangan rakan artis termasuk peminat memberikan kata-kata semangat buat pelatun lagu Jatuh supaya tidak patah semangat.

Mereka mengatakan Sissy telah pun memberikan persembahan yang terbaik selama ini.

Sekadar info, Sissy merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras.

Terdahulu, persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel menerima kritikan teruk daripada juri profesional sehingga mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen dengan sikap Mas Idayu.

VIDEO dimarah Mas Idayu…